fbpx

5 Headphone Terbaik Dan Mampu Milik

Todak Marakarma (Hikayat Series)

Design
Rangka headphone yang ringan diperbuat daripada aluminium padat, Todak Marakarma sangat tahan lama tanpa menjejaskan kualitinya. Reka bentuk yang mesra pengguna, bingkai mudah disesuaikan dengan cengkaman yang selesa.


XL Memory Foam Cups | 53mm Driver

Dengan Foam Cups yang menutupi telinga secara penuh, driver 53mm dipasang beserta cover yang menjamin keselesaan terbaik disamping audio yang stabil dimain selama berjam-jam. Ia direka sesuai dengan pendengaran dan kestabilan bunyi.


2 Microphone LED Mudah Alih
Sesuaikan dengan keinginan anda! 2 Microphone (Pro & Casual) disertakan didalam kotak. Lampu RGB boleh dimodifikasi didalam Todak Cakra, mengikut kesesuaian anda ketika bermain.

 Razer Nari Essential Wireless

Wireless Audio Gaming

Jika wayar membuatkan anda rimas, Razer Nari Essential Wireless adalah pilihan terbaik! Wireless 2.4GHz membolehkan anda menikmati prestasi gaming terbaik selama 16 jam!

Special Audio THX
Dilengkapi dengan surround THX sound, Razer Nari Essential sangat sesuai untuk game seperti COD, PUBG dan Left4Dead. Bunyi akan reaksi kepada pergerakan keliling didalam game.

Keselesaan Tertinggi
Razer Nari Essential direka khas membolehkan anda menyelami dunia gaming dengan lebih mendalam tanpa sebaran gangguan! Cushioning dibahagian telinga yang disuntik dengan gel penyejuk akan menahan telinga anda daripada kepanasan.

Hyper X Cloud Stinger

Design
Cloud Stinger Hyper X tampil dengan design yang unik. Earcups boleh dipusingkan sehingga 90 darjah membuatkan headset ini menjadi kegemaran para gamers. Logo Hyper X di earcup membuatkan Headset ini tampak lebih garang.


Cushion
Cushion daripada headset ini amat selesa dan muat melitupi telinga pengguna! Driver digunakan ialah 50mm audio  sangat membantu untuk menyampaikan bunyi dengan lebih stabil.


Istimewa headset ini ia boleh mematikan secara auto apabila anda memutarkan earcup di sebelah kiri. Ia adalah salah satu yang sangat mudah untuk pengguna!

Razer Kraken

Razer Kraken datang dengan penampilan bergaya. Menjadi kegemaran gamers kerana cushion yang tebal, Razer Kraken menjanjikan reka bentuk yang dinamik dan selesa untuk setiap pemakai.

Cushion

Cushion yang tebal, lembut dan tidak terlalu kedap membuatkan pemakai akan berasa selesa untuk memakai lama selama berjam-jam.

Warna
Pilihan warna didatangkan dengan hijau dan pink, sesuai dengan lelaki dan perempuan. Pilihan warna yang elegan menjadikan headset ini menjadi kegilaan. Logo Razer di earcup juga menjadi faktor utama kerana logo labah labah ini sudah menjadi sinonim dengan dunia gaming.

Cooler Master CH321

Selamat dan Selesa
Design headset yang fleksible dan earcup menggunakan kulit PU ekslusif menjanjikan marathon anda bermain game dengan lama! Ia direka sesuai dengan keadaan telinga dan selesa.

Solid Sound
Tidak perlu berhujah panjang berkaitan bunyi untuk Cooler Master CH321 kerana bunyi yang mantap dan padu beserta bass memang diakui terbaik oleh pengguna. Driver Neodymium 50mm digunakan bagi menghantar bunyi paling sedap di telinga anda.

Komunikasi Lancar
Microphone yang jelas bunyi akan menaikkan lagi suasana anda berhubung dengan kawan semasa bermain.

Keberkesanan Multi Platform
Sound Card telah ditambah pada driver Neodymium 50mm bagi meningkatkan lagi prestasi bunyi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *