fbpx

5 Jenama Gaming Terbaik Di Malaysia

TODAK

Salah satu brand Malaysia yang tidak asing lagi di telinga rakyat jelata. Todak sangat terkenal dengan killer product mereka iaitu Todak Alpha Standard Gaming Chair. Setelah mendapat sambutan hangat, Todak melebarkan sayap dengan menubukan team e-sport mereka sendiri terdiri daripada pelbagai jenis game seperti Mobile Legends, PUBG, dan DOTA2.

Kualiti yang ditawarkan oleh Todak sangat baik dan setanding dengan jenama luar Negara yang lain seperti Razer dan Hyper X. Sebagai anak jati Malaysia, kita harus menyokong jenama tempatan ini.

RAZER

Jenama yang tidak asing didalam dunia e-sport, jenama Razer yang berasal daripada Amerika Syarikat pada tahun 1998 telah berjaya melopori pasaran gaming dengan begitu baik. Produk mereka yang paling terkenal ialah Razer Mouse Deathadder sehingga terjual sebanyak 10,000,000 unit membuktikan bahawa Mouse daripada Razer tidak boleh disangkal lagi.

Razer juga terkenal dengan produk mereka yang lain iaitu Gaming Chair DX Racer, Headphone Kraken dan Keyboard Huntsman. Razer juga adalah antara sponsor besar dalam industri esport di dunia.

HYPER X

Bagi siapa yang tidak tahu, Hyper X adalah anak syarikat kepada KINGSTON. Ye betul! Kingston Pendrive yang kita selalu beli masa zaman belajar dulu. Hyper X telah masuk ke pasaran Malaysia dan memberi saingan yang kompetitif kepada jenama gaming yang lain. Hyper X telah diasaskan pada tahun 2002, mereka  adalah jenama gaming yang boleh dikatakan otai.

Produk Hyper X yang paling meletup ialah Hyper X Headphone Cloud, terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Cloud, Cloud Core, Cloud Flight, Cloud Stinger dan Cloud Alpha.

CORSAIR

Corsair boleh dikatakan legend dalam industri  gaming di dunia. Diasaskan pada tahun 1994, jenama ini telah melopori pasaran dunia sejak tahun 2000 lagi. Jenama Corsair sangat terkenal dengan produk yang tahan lama. Antara produk yang menjadi kegilaan ramai ialah Corsair Void Elite dan Corsair HS35. Bunyi yang sangat sedap dan sesuai dijadikan untuk bermain game seperti Counter Strike, PUBG dan lain-lain

Jenama Corsair juga menghasilkan produk yang lain seperti Elgato Card, Gaming Chair dan PC equipment yang lain. Mereka bukan sahaja berada didalam kategori peripherals, mereka memasarkan kompenen PC

PLEXTONE

Sebuah syarikat daripada China, Plextone juga semakin mengorak langkah dalam memasarkan produk mereka. Kebanyakan produk mereka lebih memasarkan kepada golongan mid-income. Harga produk mereka adalah lebih patut berbanding dengan jenama yang lain. Kualiti untuk setiap barang Plextone juga tidak kurang hebatnya. Plextone mungkin nama yang baru di dunia tapi kami yakin mereka mampu berdiri setanding dengan jenama antarabangsa yang lain kerana produk yang dihasilkan berkualiti dan bermutu tinggi

2 thoughts on “5 Jenama Gaming Terbaik Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *