PC Games Yang Dinanti-nantikan untuk February 2022

Sempena bulan February ni, Manjoy Gadget ingin mengingatkan para pembaca tentang 5 PC game yang berbaloi untuk diambil perhatian. 

 

Dying Light 2 Stay Human

  • Tarikh Keluaran : 4 Februari 2022
  • Dibangunkan oleh : Techland

Antara permainan video yang ditunggu tunggu ialah Dying Light 2 Stay Human. Setelah ditangguhkan dari waktu pelancaran yang sebelumnya iaitu pada Disember 2021, permainan video ini diharapkan dapat terus dilancarkan tanpa sebarang tangguhan lagi pada bulan ini.

King of Fighter XV

 

  • Tarikh Keluaran : 17 Februari 2022
  • Dibangunkan oleh : SNK

 

Salah satu permainan video yang terpaksa ditangguhkan pada 2021 dulu adalah King of Fighter XV. SNK sebelum ini mengumumkan penangguhan permainan video ini disebabkan oleh penularan Covid-19 yang meninggi di Jepun ketika itu.

 

Namun begitu, permainan video ini kemungkinan besar tidak akan ditangguhkan lagi dan boleh terus dilancarkan pada bulan ini. King of Fighter XV kali ini dipenuhi dengan barisan karakter baru dan lama. Tambahan pula, terdapat perubahan pada barisan pasukan Hero dengan Shun’ei, Meitenkun, dan Benimaru Nikaido akan memasuki pasukan tersebut. 

Total War 3 Warhammer

  • Tarikh Keluaran : 17 Februari 2022
  • Dibangunkan oleh : Creative Assembly

Dengan peta yang lebih besar dari Total War 2 dan mempunyai 7 puak kesemuanya, dimana Khorne, Nurgle, Slaanesh, dan Tzeentch mewakili puak Chaos, manakala Cathay dan Kislev mewakili puak manusia dan puak Ogre akan ditambah sebagai DLC setelah seminggu dikeluarkan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.